Followers

Sunday, March 3, 2013

Novel Terbaru

‎:: Di Pilot Cafe Satu Lembaran Cinta Telah Mula Berputik ::

#kehidupan ini bermula dimana-mana....tak menentu indah ataupun gundah bila MAYA kehilangan jantung hatinya...dia bertemu AMEER...lelaki yang hanya tau menodai cinta..bermula dengan SECANGKIR KOPI PANAS DI PILOT CAFE....segala-galanya berubah untuk mereka berdua AMEER mula merasai apa itu cinta manakala MAYA belajar untuk menolak cinta yang suci bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini.SHARMILA,DR KHALEED dan RASYID....mereka pula insan-insan yang terperangkap di dalam kemelut cinta ini.....


:: SEHANGAT ASMARA ::

#KAMILIA NAJWA & ZAINAL ARIEF. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dah berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.Namun,badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagian mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanyer,Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga,Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia.Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam.Anehnya,'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaanya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....

Saturday, February 16, 2013

SAKITHATI!!!!!

:: Bila Ada Duit Tak Ingat Langsung Nak Menyimpan Sebuk Belanje Sana Belanje Sini....Bila Duit Tak Ada Baru Nak Insaf....Baru Nak Simpan Duit....Dah Tak Guna.....Dah Terlambat!!!!! Lelaki Memang Lambat Nak Beringat Ek? Memang Betul Kata Makcik.....Bila Senang Jangan Riak Nanti Allah Tarik Balik Rezeki Tu...Allah Balas Cash!!!! ::

Saturday, February 9, 2013

~ Detik Hati ~

Assalamualaikum


Huhhhh Tak Tau Nak Mula Macam Mana......... Salah Ke Aku Nak Tulis Apa Yang Aku Rasa Kat Wall Fb Aku.......Serba Tak Kena Jadinyer......Dulu 'DIA' Ada Nasihat Aku Ubah Cara Cakap...Jangan Kasar Sangat......Jangan Cakap Bangang.....Jangan Cakap Bodoh......Lembut Sikit Bila Bercakap......Walaupun Aku Selalu Cakap Kasar....Tapi Aku Tak La Kerap Tulis Kat Wall Menyumpah Orang Macam2.....Tapi Hari Ney Terbukti 'DIA' Yang Selalu Nasihatkan Aku Bercakap Lembut Menyumpah2 Orang Sampai Cakap Cilaka.......Bila Aku Tulis Kat Wall Aku 'DIA' Kata Elok La Bagitau Kat Semua Orang......Sedih Giler Aku......Aku Tegur Kat IM Pun 'DIA' Tak Layan ;(  Allah Kalau Nak Tunjuk Kejap Jer :(

Wednesday, December 5, 2012

- Perjalanan Hari Ini -

Hari Ney Bangun Awal Pagi....Mata Mengantuk Giler...Tapi Bangun Gak Sebab Banyak Urusan Yang Kena Settle....Dah Lama Tak Jalan Pegi Area Kedai2 Kat Rumah Ney...Mengah Gak huhuhuhu So Tempat Pertama Yang Dituju Ialah CIMB....Nasib Tak Ramai Orang....Kejap Jer Dah Selesai Urusan....Keluar Dari CIMB Kena Lak Jalan G Maybank...Nak Kuarkan Duit....Tengah2 Jalan Nak G Maybank Tetiba Mata Ternampak Satu Baru Kat Tepi Jalan...Wahhhh Tak Sangka Kat Seri Petaling Ada BasketRobbin hihihihi Terdetik Dalam Hati Bila HangenDazs Nak Buka Cawangan Kat Seri Petaling....hihihihi Berpikir Sambil Kaki Melangkah Ke Maybank... Punye La Jauh Berjalan...Sampai Kat Maybank Boleh Pulak Sistem Down.....Hadoiiiii Penat Tak Hilang Lagi Kena Patah Balik Ke CIMB....Selesai Kuarkan Duit Sambung Perjalanan Ke TM Lak Bayar Bill....Ingat Nak Cancle Terus Acc Internet Tu Tapi Tak Boleh Buat Kat Sini Kena Buat Kat Hq Dia Sbb Yang Kat Sini Hanya Branch Jer...ermmmmmm Kuar Dari TM...Aku Teruskan Perjalanan Lagi..Huhhh Penat Tak Hilang Lagi Tapi Kena Terus Berjalan...Nak Pegi Care4 Lak Nak Beli Bahan2 Tuk Buat Pasta....Masuk Jer Care4 Tetiba Blur...Tak Tau Nak Ambik Apa...hihihi...Ambik Punye Ambik Bahan Tuk Pasta Pegi Lak Ke Bahagian Jajan [mknan ringan] Kalau Boleh Semua Keropok Nak Ambik...hihihiihi....Sampai Masa Nak Bayar Punye La Terkejut....Bil Total Rm 133.18 Peeerrhhhhh Tak Pernah Belanjer Sendiri  Sampai Seratus Lebih...Rasa Nak Pengsan.....hihihihi Ingat Nak Singgah Mcd...Tapi Tangan Dah Penuh Dengan Barang....Tu Pun Lupa Nak Ambik Tomato Pure Tuk Pasta....So Terus Naik Teksi Sampai Rumah.....Huhhhh Penat N Mengantuk...Tapi Teringat Tak Mkn Lagi...So Order Mcd Dellivery Jer :)

Monday, November 19, 2012

:: Tak Sangka ::

Assalamualaikum

Tak Sangka Banyak Benda Nak Kena Pikir Bila Nak Buat Wedding....Banyak Benda Nak Survey...Paling Penting Kena Pikir Apa Yang Kita Nak Utamakan Dalam Wedding Kita....Gambar,Baju,Makanan,Pelamin,Doorgift Hadoiiii Banyak Giler....Sekarang Semua Mahal...Photogrp Pun Makan Ribu Sekarang.....Pening2 :(

Nuffnang

Assalamualaikum

Fuhhhh Bersawang Rasanyer Blog Yang Tak Berapa Nak Cute Ney......Lama Giler Kot Tak Menaip...Sebuk Laaaaa hihihihihi Sebenarnyer Nak Bagitau Saya Baru Ada Nuffnang Kat Blog Ney.....Ketinggalan Sungguh....Blog Dah Lama Ujud Tapi Baru Sekarang Ada Nuffnang :) Cantik Jugak Nuffnang Ney <3  Moga Dapat Duit Belanja Sikit Dari Nuffnang Ney...Amin......Sambil2 Tu Nak Bagitau Kat Korang Sekarang Saya Ada Jual Jersi Malaysia Yang Terbaru...Kalau Nak Pm Jer Saya K...Harga Berpatutan...Rm55 Termasuk Post.... Lagi 1 Kalau Ada Sesiapa Yang Ingin Mengurangkan Berat Badan Boleh La Cuba Beli & Minum Alpha Lipid SII Boleh Juga Pm Saya...Harga Nanti Saya Update K..... :) 


JERSI MALAYSIA

ALPHA LIPID SDII

Thursday, November 1, 2012

♥ |10 sebab kenapa nak kahwin awal| ♥



Peringatan: Kebaikan kahwin awal sangat banyak, keburukan kahwin awal pun juga tidak kurang banyaknya!

1. Sudah ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)

4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!


8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini "Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.". Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara "enjoy" sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh "enjoy" itu. Apa saya dapat? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.


10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh. :)

Dah habis dah? Ada satu lagi,Extra! Hehe..

11.Dapat menantu perempuan cepat.
Nampak seperti gurauan,tetapi itulah hakikatnya.Haha! Setelah empat kali menyambut menantu lelaki sahaja, tak teringin menantu perempuan cepat-cepat ke?Hehe..Mama..Abah..Bila kahwin ini,mama dan abah tidak kehilangan saya.Jangan risau,mama abah bukan kehilangan anak. Sebaliknya,mama dan abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan berkembang keluarga kita.One Happy Family!:D