Peringatan: Kebaikan kahwin awal sangat banyak, keburukan kahwin awal pun juga tidak kurang banyaknya!
1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang
berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya
telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai
ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang
paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik
dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu
ditangguhkan lagi kan?
2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang
untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan
manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana
iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri
dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan
depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih
baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya
lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?
3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan
abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat
sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam
quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam
jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut
ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)
4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal
ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini
bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan
saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh
bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat
keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat?
Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)
5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia
inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal
menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu
sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah
berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila
datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan
seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia
saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya
perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.
6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang
abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya
boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat
saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah
indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan
ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan
berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi
pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan
saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak
mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan
negara!
7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya
cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita
yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak
beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai
phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan
seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat
sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan
panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah
hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya
gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!
8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan
ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini "Rileks laaa..Muda lagi
untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.". Slogan ini tidak
ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya
sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada
diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya
takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat.
Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk
melakukan perkara-perkara "enjoy" sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya
selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari
menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh
"enjoy" itu. Apa saya dapat? T_T
9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang
yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang
berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke
seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja
biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam
tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam
semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan
dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup
saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya.
Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat
saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.
10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara
seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah
satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk
saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang
mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman
dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak
yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang
taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama
dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi
anak yang soleh. :)
Dah habis dah? Ada satu lagi,Extra! Hehe..
11.Dapat menantu perempuan cepat.
Nampak seperti gurauan,tetapi itulah hakikatnya.Haha! Setelah empat
kali menyambut menantu lelaki sahaja, tak teringin menantu perempuan
cepat-cepat ke?Hehe..Mama..Abah..Bila kahwin ini,mama dan abah tidak
kehilangan saya.Jangan risau,mama abah bukan kehilangan anak.
Sebaliknya,mama dan abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan
berkembang keluarga kita.One Happy Family!:D