Followers

Sunday, September 23, 2012

Opssss! Apa Wanita Perlu Buat Bila Lelaki Marah?



1.Diam
Apabila dia sedang marah diam. Jangan banyak tanya, jangan banyak soal atau jawab. Keadaan yang tegang akan buat keadaan panas dan tak berkesudahan.

2.Cari masa sesuai
Cari masa yang sesuai menerangkan keadaan sebenar jika dia tersalah anggap atau tersalah faham. Bercerita dan menjelaskan bila dia sudah reda marahnya lebih baik dari terburu-buru menegakkan kebenaran yang akan berakhir dengan pergaduhan nanti.

3. Yakinkan
Yakin kan dia atas apa yang berlaku berserta bukti yang ada. Kena cakap dengan tegas dan meyakinkan si dia agar dapat memberi peluang untuk dia memahami apa yang terjadi dan akhirnya dia tahu yang kamu tidak bersalah sebenarnya.
 
4. Jangan mengungkit
Jangan mengungkit apabila dia sedang marah. Tindakan kamu akan lebih membuat dia marah dan akan lebih memburukkan keadaan
 
5. Usap
Usap dadanya dan minta dia bersabar. Dengan cara itu mungkin dapat meredakan marahnya.

6. Beri minuman
 Berilah dia minuman agar sejuk sedikit kemarahannya. Mana tau dengan minum dia lebih tenang dan dapat berfikir dengan positif berbanding sebelumnya.
 
7. Pergi Jauh Darinya Sebentar
Jauhkan diri darinya sebentar. Bukan jauh sangat pun, jika dia di bilik kamu pergilah di luar. Mungkin dengan kamu tercegat di depannya buat dia makin marah. Cuba beredar dari situasi tegang itu bagi redakan keadaan.
 
8 .Menangis
jika tak mampu buat apa-apa menangislah. Senjata wanita adalah air matanya. Mungkin kamu rasa sakit hati bila tak bersalah tapi tak mampu membela diri. Menangis lebih baik dari kamu terjerit-jerit meninggi suara kepada dia.

10 Fakta Menarik Tentang Telur Ayam


Kita goreng, kita rebus dan ada yang makan telur ayam mentah. Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Ia merupakan sumber protein yang paling murah. Berbanding dengan ikan dan daging, hampir 93 peratus protein daripada telur diterima oleh badan.

  1. Telur ayam mempunyai nilai penggunaan protein (net protein utilization) 100 % berbanding dengan daging ayam (80 %) dan susu (75 %).
  2. Kulit telur terdiri daripada kalsium karbonat yang juga merupakan bahan utama beberapa jenis antacids. Sekitar 9-12 % berat telur terdiri daripada kulitnya. Kulit telur juga memiliki pori-pori halus yang membolehkan oksigen masuk dan karbon dioksida serta lembapan keluar.
  3. Putih telur mengandungi protein yang disebut albumen dan niacin (vitamin B3), riboflavin (vitamin B2), klorin, magnesium, potasium, sodium dan sulfur. Putih telur juga terdiri daripada 57 % dari protein telur.
  4. Warna kuning dari telur ditentukan oleh makanan ayam betina. Makin banyak dedak yang dimakan oleh ayam betina, makin teranglah warna kuning telurnya.
  5. Warna telur juga penting dalam menentukan usia telur dan faktor lainnya. Menurut Egg Safety Center, Amerika, warna putih telur yang agak keruh menandakan telur itu segar. Warna putih yang jernih menandakan telur itu berasal dari ayam yang sudah tua. Hindarkan daripada makan telur yang berwarna putih kemerah-merahan atau yang sudah berubah ke warna lain.
  6. Kadang-kadang akan ada sedikit darah dalam telur. Darah ini berasal daripada pembuluh darah di bahagian kuning telur yang pecah. Namun telur ini tetap boleh dimakan.
  7. Ketika ditetaskan, suhu telur berada sekitar 40.5 darjah Celcius. Sekiranya suhu semakin dingin, cairan di dalamnya akan mengendap dan membentuk sel udara antara dua lapisan telur.
  8. Seekor ayam betina mampu bertelur 250-270 telur setiap tahun nya.
  9. Sebahagian besar rakyat Amerika lebih suka kepada telur ayam yang berwarna putih. Di Malaysia pula, telur ayam kebanyakannya berwarna coklat.
  10. Jika dibandingkan dengan telur ayam, telur itik memiliki bau yang lebih hamis dan kulitnya memiliki pori yang lebih besar sehingga lebih sesuai untuk dijadikan telur masin.

~ Hospital Again ~

Abah Ku Masuk Hospital Lagi...Alhamdulilah Abah Stabil Tak Teruk....Dia Masuk IJN...Biasa La Masalah Jantung Dia...Kata Doc Ada 2 Saluran Jantung Abah MATI ermmmm Tak Boleh Buat Apa Sebab Abah Memang Degil....Nak Bedah Pun Doc Kata Tak Boleh....Sayu Hati Bila Abah Kata " Doc Kata 2 Saluran Dah Mati So Lepas Ney Tunggu Mati Jer :( " Hope Abah Will Be Ok ^_^ ......Tadi Masa Melawat Abah Aku Tengok Jiran2 Yang Duk Dekat Ngan Katil Abah Ramai India.....Ada Sorang Pesakit India Katil Paling Hujung Sebaris Dgn Katil Abah Terima Pelawat Punye La Ramai....Macam Melepak Kat Kedai Mamak Nasib Baik Tak Bising Sangat hihihih Pesakit Sebelah Abah Pulak Pinjabi...Baik Siap Bawa Kan Capati....Ada Sorang Pesakit India Dah Jadi Kawan Ngan Abah.... Siap Puji Abah Suka Buat Lawak hihihi Happy Rasanyer Tengok Abah Gelak Ketawa ^_^ Dekat 1Jam Jugak Lepak Dengan Abah Tadi....

Balik Dari Hospital Singgah Pasaraya NSK Dengan Kakak [ pegi hospital tadi pun dgn kakak ] Hajat Di Hati Nak Beli Ketam Nak Buat Sup..... Pusing Punye Pusing [ sebab tak biasa dgn NSK ] Akhirnyer Jumpa Si Ketam Tapi Macam Tak Segar Jer huhuhuhuhu Pilih Punye Pilih Dapat La 3 Ekor......Pastu Cari Pulak Batang Celeri...Berpusing Lagi Jumpa Tapi 1 Bungkus Tu Banyak......Tengok2 Jugak Kalau Ada Yang Sikit Tapi Tak Jumpa So Sambar Jer La :) Beli Pulak Perencah Knor Tambahan Untuk Sup.... Tapi Kalau Dah Masuk Pasaraya Tak Sah Kalau Tak Ambik Jajan hihihihi..... Segala Keropok Nak Ambik... Maggie Tidak Dilupa Wajib Ambik :P Dah Puas Ambik Jajan Masa Tuk Balik.....Lepas Bayar Terus Balik Rumah Sebab Ingat Nak Terus Masak Sup Ketam Tu......... Rupanyer Mak Pulak Yang Tengah Masak Nasi Briani......Al Kisahnyer Ketam Tersimpan Dalam Peti Sejuk....Rasanyer Esok Jer La Masak Sup Ketam Tu [ tu pun kalau rajin :P ]



 

Saturday, September 22, 2012

Ada 11 golongan orang-orang yang selalu di doakan oleh para malaikat.



1. Orang yang tidur dalam keadaan suci.

2. Orang yang sedang menunggu solat.

3. Orang yang berada di shaf depan di dalam solat berjamaah.

4. Orang yang menyambung shaf pada solat berjamaah.

5. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah selesai sholat dan berzikir.

6. Orang yang melakukan solat subuh dan ashar berjamaah.

7. Orang yang mendoakan saudaranya, tanpa sepengetahuan orang yang di doakan.

8. Orang yang bersedekah

9. Orang yang sedang makan sahur (puasa wajib atau sunat)

10. Orang yang menjenguk saudaranya yang sakit

11. Orang yang mengajarkan kebaikan pada orang lain.

Subhanallah, semoga kita semua termasuk orang-orang yang di doakan malaikat dan senantiasa mendapat redha ALLAH :)

10 Petua Untuk Menigkatkan Kadar Metabolisme Bagi Mempercepatkan Proses Penurunan Berat Badan.



1. Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2. Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3. Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4. Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

5. Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.

6. Pedaskan masakan anda – Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang bolehmeninggikan kadar metabolisme.

7. Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8. Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. (agak sukar untuk lakukan, betul tak?) :)

9. Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2 – 4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.

10. Elakkan crash diet - Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah :-
1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi.
2. Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak – faktor hormon)
3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas

credi to:alpha lipid slim diet

Friday, September 14, 2012

Lama Tak Menulis

Lamanyer Tak Berblog...Macam2 Dah Jadi....Terutama Masa Besday Aku....1st Aku Sambut Besday Ramai2...Ramai Giler Fans Chelsea Nyanyi Lagu Besday Tuk Aku :) Bf Lak Belanjer Pizza Dominos...Best Giler...

Bercinta Selepas Nikah


Isteri: Abang... Terima kasih kerana menjadikan saya sebagai isteri abang.

Suami: Sepatutnya abang yang perlu berterima kasih kepada sayang. Sayang... Abang ingin beritahu sesuatu, abang harap sayang ingat pesanan abang ini sampai bila-bila.

Isteri: Ya abang...

Suami: Sayang, abang harap sayang bantu abang untuk memimpin sayang ke Syurga.

Isteri: InsyaAllah abang... ♥ ♥ ♥

Selamat Pengantin Baru kepada semua pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan. Semoga diberkati Allah dan kekal menjadi pasangan hingga ke Syurga. InsyaAllah...

Kecantikan wanita sebenarnya ada pada:


1. Kecantikan wanita ada dalam iman dan taqwa yang menyejukkan mata kaum lelaki yang memandangnya. Seseorang wanita yang menghiasjasmaninya dengan iman dan taqwa akan memancarkan cahaya syurga. Dengan kepatuhannya menjalankan ibadah, dia akan menjadi seorang yang mempesonakan. Allah s.w.t.akan memberikan kecantikan asli. Tidak perlu kosmetik yang mahal-mahal atau perfium yang berlebihan.

2. Kecantikan wanita ada pada kehangatan sikapnya yang mampu mengetarkan emosi dan cinta lelaki. Secara umumnya lelaki memang mudah tergoda terhadap perempuan yang mempunyai fizikal yang elok. Tetapi itu semua tidak kekal, kehangatan kasih sayang dan cinta yang tuluslah yang akan membuat lelaki merasa bahagia dan selesa apabila berada di sisinya.

3. Kecantikan wanita ada pada kelembutannya. Kelembutan itu bukan bererti manja, lembut dalam tingkahlakunya bersama suami dan lembut pada anak-anaknya tetapi tegas dalam mendidik.

4. Kecantikan wanita berada dalam pandangannya yang teduh dan suaranya yang hangat. Walaupun matanya tak seindah bintang kejora, setiap wanita boleh memiliki mata embun, teduh dan sejuk. Dia sentiasa bersangka baik. Setiap perkataanya bukan pisau yang menikam tetapi adalah bara yang menyalakan semangat didada. Tidak ada kata yang sia-sia yang terucap dari bibirnya.

5. Kecantikan wanita ada dalam senyumannya yang menambahkan lagi kecantikannya dan membuatkan hati orang yang melihatnya gembira. Senyum adalah sedekah, senyum tanpa bermaksud menggoda dan apatah lagi ianya boleh menambahkan lagi seri diwajah kita. Walaupun berwajah cantik tetapi kedekut senyuman tak guna juga kan?

6. Kecantikan wanita ada pada intelektualnya. Bukan pada sarjananya atau dimana dia belajar. Banyak ilmu-ilmu yang boleh diambil dari sekeliling. Kehidupan menjadi sekolah yang tidak pernah tamat sebelum ajal menjelang. Tidak ada sekolah atau universiti yang boleh menjadikan seorang wanita itu isteri dan ibu yang baik. Ruang dan waktulah yang akan membuatkan seorang wanita menjadi isteri dan ibu yang baik.

7. Kecantikan wanita berada pada sejauh mana pengetahuan tentang tanggungjawabnya terhadap keluarga, rumah, anak-anak dan masyarakat. Wanita adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Seberapa jauh pengetahuan seorang wanita akan terlihat dari tingkahlaku keluarganya. Dia selalu menjadi orang yang bermanfaat bagi orang-orang di sekelilingnya. Desebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada sorang wanita di belakangnya.

8. Kecantikan wanita ada pada kemampuan dan keinginannya untuk memberi. Mungkin kita miskin harta tapi kita kaya dengan hati. Selalu memberi tanpa mengharapkan balasan. Dia sentiasa bersama semasa dalam senang dan susah, dalam gembira dan kesedihan. Kemurahan hatinya akan membuatkan orang akan selalu merinduinya.




Tuesday, September 11, 2012

Bagi mencapai gaya hidup yang sihat, kita perlu tahu bagaimanakah cara untuk memastikan tubuh badan kita sihat dari sebarang penyakit. Antara perkara yang paling penting adalah soal penjagaan makanan. Namun demikian, makanan yang berkolestrol tinggi sering menjadi pilihan kita. Ini tidak mencerminkan gaya hidup sihat. Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti ini:

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.