Followers

Friday, September 14, 2012

Bercinta Selepas Nikah


Isteri: Abang... Terima kasih kerana menjadikan saya sebagai isteri abang.

Suami: Sepatutnya abang yang perlu berterima kasih kepada sayang. Sayang... Abang ingin beritahu sesuatu, abang harap sayang ingat pesanan abang ini sampai bila-bila.

Isteri: Ya abang...

Suami: Sayang, abang harap sayang bantu abang untuk memimpin sayang ke Syurga.

Isteri: InsyaAllah abang... ♥ ♥ ♥

Selamat Pengantin Baru kepada semua pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan. Semoga diberkati Allah dan kekal menjadi pasangan hingga ke Syurga. InsyaAllah...

Kecantikan wanita sebenarnya ada pada:


1. Kecantikan wanita ada dalam iman dan taqwa yang menyejukkan mata kaum lelaki yang memandangnya. Seseorang wanita yang menghiasjasmaninya dengan iman dan taqwa akan memancarkan cahaya syurga. Dengan kepatuhannya menjalankan ibadah, dia akan menjadi seorang yang mempesonakan. Allah s.w.t.akan memberikan kecantikan asli. Tidak perlu kosmetik yang mahal-mahal atau perfium yang berlebihan.

2. Kecantikan wanita ada pada kehangatan sikapnya yang mampu mengetarkan emosi dan cinta lelaki. Secara umumnya lelaki memang mudah tergoda terhadap perempuan yang mempunyai fizikal yang elok. Tetapi itu semua tidak kekal, kehangatan kasih sayang dan cinta yang tuluslah yang akan membuat lelaki merasa bahagia dan selesa apabila berada di sisinya.

3. Kecantikan wanita ada pada kelembutannya. Kelembutan itu bukan bererti manja, lembut dalam tingkahlakunya bersama suami dan lembut pada anak-anaknya tetapi tegas dalam mendidik.

4. Kecantikan wanita berada dalam pandangannya yang teduh dan suaranya yang hangat. Walaupun matanya tak seindah bintang kejora, setiap wanita boleh memiliki mata embun, teduh dan sejuk. Dia sentiasa bersangka baik. Setiap perkataanya bukan pisau yang menikam tetapi adalah bara yang menyalakan semangat didada. Tidak ada kata yang sia-sia yang terucap dari bibirnya.

5. Kecantikan wanita ada dalam senyumannya yang menambahkan lagi kecantikannya dan membuatkan hati orang yang melihatnya gembira. Senyum adalah sedekah, senyum tanpa bermaksud menggoda dan apatah lagi ianya boleh menambahkan lagi seri diwajah kita. Walaupun berwajah cantik tetapi kedekut senyuman tak guna juga kan?

6. Kecantikan wanita ada pada intelektualnya. Bukan pada sarjananya atau dimana dia belajar. Banyak ilmu-ilmu yang boleh diambil dari sekeliling. Kehidupan menjadi sekolah yang tidak pernah tamat sebelum ajal menjelang. Tidak ada sekolah atau universiti yang boleh menjadikan seorang wanita itu isteri dan ibu yang baik. Ruang dan waktulah yang akan membuatkan seorang wanita menjadi isteri dan ibu yang baik.

7. Kecantikan wanita berada pada sejauh mana pengetahuan tentang tanggungjawabnya terhadap keluarga, rumah, anak-anak dan masyarakat. Wanita adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Seberapa jauh pengetahuan seorang wanita akan terlihat dari tingkahlaku keluarganya. Dia selalu menjadi orang yang bermanfaat bagi orang-orang di sekelilingnya. Desebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada sorang wanita di belakangnya.

8. Kecantikan wanita ada pada kemampuan dan keinginannya untuk memberi. Mungkin kita miskin harta tapi kita kaya dengan hati. Selalu memberi tanpa mengharapkan balasan. Dia sentiasa bersama semasa dalam senang dan susah, dalam gembira dan kesedihan. Kemurahan hatinya akan membuatkan orang akan selalu merinduinya.




Tuesday, September 11, 2012

Bagi mencapai gaya hidup yang sihat, kita perlu tahu bagaimanakah cara untuk memastikan tubuh badan kita sihat dari sebarang penyakit. Antara perkara yang paling penting adalah soal penjagaan makanan. Namun demikian, makanan yang berkolestrol tinggi sering menjadi pilihan kita. Ini tidak mencerminkan gaya hidup sihat. Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti ini:

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Sunday, August 5, 2012

Sedih

Setiap Hubungan Cinta Ada Turun Naik Nyer...... Begitu Jugak Hubungan Cinta Aku Dengan Incik Senget
Kadang Rasa Give Up Sangat huhuhu Sampai Bila Nak Bercinta Kan....Bila Cakap Pasal Wedding Jer Dia Tak Pernah Nak Serius Ermmmmm Macam Tak Serius Nak Nikah Jer... Ermmmmm Suh Merisik Dulu Pun Dia Tak Nak Ermmmmmm Mungkin Dia Bukan Jodohku.........


Sunday, July 22, 2012

:: Ramadhan Datang Lagi ::

:: Ramadhan Datang Lagi...Teringat Memori Yang Lepas....Setiap Kali Sahur Mesti Saya Yang Bertanggungjawab Kejut Awak...Lepas Tarawih Jer Mesti Kita Oncall Paling Lama Pun Mesti 15Minit...Awak Sanggup Balik Tarawikh Awal Sebab Nak Borak Ngan Saya...Bila Raya Awak Bagi Duit Raya Kat Saya...Walaupun Tak Banyak Tapi Dah Cukup Buat Saya Tersenyum Gembira...Tapi Semua Tu Sekadar Memori....Awak Dah Jauh Sangat Dari Saya....Hope Awak Bahagia ;( ::

Thursday, May 3, 2012

Detik Hati Kecilku

Sebulan Yang Lepas Sekali Lagi Aku Ke Manjung Perak....Hampir Sebulan Aku Kat Sana... hehehe Lama Giler Kan :) Puas Jugak Aku Mengadap Laut :) Sempat Jugak Aku Teman Boyfiee Aku Mancing Padahal Aku Bkn Minat Pun hehehe Macam2 Ragam Yang Aku Dapat Tengok...Banyak Jugak Benda Yang Aku Dengar... Moga Tuhan Terus Kuatkan Hati Aku Mengharungi Segala Dugaan Ini .. Amin...

Friday, March 16, 2012

Dialog Kami

Berbalas Sms Bersama Roszaimi Roslan 

Dia :: Dy Ambik My Minggu Depan...Nak Duk Manjung Berapa Lama ?

Saya :: Hari Apa ? 2 3 Hari Jer La

Dia :: Khamis Kot..2 3 Hari ? 1 Minggu R....

Saya :: Ermmmmm Ok... Seminggu ? Dy Mintak Kebenaran Mak La :P

Dia :: Ok...Nanti Dy Jumpa Mak

Saya :: Ok :)

AGAK2 APA ALASAN DIA NAK BAGI KAT MAK EK ? HEHEHE KITA TUNGGU & LIHAT <3