1. Kecantikan wanita ada dalam iman dan taqwa yang menyejukkan mata kaum
lelaki yang memandangnya. Seseorang wanita yang menghiasjasmaninya
dengan iman dan taqwa akan memancarkan cahaya syurga. Dengan
kepatuhannya menjalankan ibadah, dia akan menjadi seorang yang
mempesonakan. Allah s.w.t.akan memberikan kecantikan asli. Tidak perlu
kosmetik yang mahal-mahal atau perfium yang berlebihan.
2. Kecantikan
wanita ada pada kehangatan sikapnya yang mampu mengetarkan emosi dan
cinta lelaki. Secara umumnya lelaki memang mudah tergoda terhadap
perempuan yang mempunyai fizikal yang elok. Tetapi itu semua tidak
kekal, kehangatan kasih sayang dan cinta yang tuluslah yang akan membuat
lelaki merasa bahagia dan selesa apabila berada di sisinya.
3. Kecantikan wanita ada pada kelembutannya. Kelembutan itu bukan
bererti manja, lembut dalam tingkahlakunya bersama suami dan lembut pada
anak-anaknya tetapi tegas dalam mendidik.
4. Kecantikan wanita berada dalam pandangannya yang teduh dan
suaranya yang hangat. Walaupun matanya tak seindah bintang kejora,
setiap wanita boleh memiliki mata embun, teduh dan sejuk. Dia sentiasa
bersangka baik. Setiap perkataanya bukan pisau yang menikam tetapi
adalah bara yang menyalakan semangat didada. Tidak ada kata yang sia-sia
yang terucap dari bibirnya.
5. Kecantikan wanita ada dalam senyumannya yang
menambahkan lagi kecantikannya dan membuatkan hati orang yang melihatnya
gembira. Senyum adalah sedekah, senyum tanpa bermaksud menggoda dan
apatah lagi ianya boleh menambahkan lagi seri diwajah kita. Walaupun
berwajah cantik tetapi kedekut senyuman tak guna juga kan?
6. Kecantikan wanita ada pada intelektualnya. Bukan pada sarjananya
atau dimana dia belajar. Banyak ilmu-ilmu yang boleh diambil dari
sekeliling. Kehidupan menjadi sekolah yang tidak pernah tamat sebelum
ajal menjelang. Tidak ada sekolah atau universiti yang boleh menjadikan
seorang wanita itu isteri dan ibu yang baik. Ruang dan waktulah yang
akan membuatkan seorang wanita menjadi isteri dan ibu yang baik.
7. Kecantikan wanita berada pada sejauh mana pengetahuan tentang
tanggungjawabnya terhadap keluarga, rumah, anak-anak dan masyarakat.
Wanita adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Seberapa jauh
pengetahuan seorang wanita akan terlihat dari tingkahlaku keluarganya.
Dia selalu menjadi orang yang bermanfaat bagi orang-orang di
sekelilingnya. Desebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada sorang
wanita di belakangnya.
8. Kecantikan wanita ada pada kemampuan dan keinginannya untuk
memberi. Mungkin kita miskin harta tapi kita kaya dengan hati. Selalu
memberi tanpa mengharapkan balasan. Dia sentiasa bersama semasa dalam
senang dan susah, dalam gembira dan kesedihan. Kemurahan hatinya akan
membuatkan orang akan selalu merinduinya.
No comments:
Post a Comment